SEKOLAH AGAMA PENJARA
Saturday, August 7, 2010
Thursday, July 29, 2010
SENARAI NAMA GURU
- 1. Ustazah Faridah bte Hj Hangah
- 2. Ustazah S.Amida bte Bakar
- 3. Ustazah Kuntum bte Abas
- 4. Ustazah Murni bte Abdullah
- 5. Ustazah Norain bte Mohd Husin
Wednesday, July 28, 2010
Sejarah Sekolah Agama Penjara Simpang Renggam
Sekolah Agama Penjara Simpang Renggam telah di tubuhkan pada 1 Oktober 1993. Pada mulanya sekolah ini adalah asrama bujang bagi pegawai-pegawai penjara di institusi Penjara Simpang Renggam dan ianya telah didiami semenjak penjara ini dibuka pada tahun 1986 sehinggalah tahun 1990.
Apabila pihak penjara membina semula asrama bujang yang baru, kesemua penghuni asrama telah berpindah ke asrama baru iaitu di hadapan sekolah ini.
Setelah bangunan ini terbiar, Tuan Hj Yusof Bin Saat telah berusaha untuk membuka sekolah khas untuk kanak-kanak kakitangan penjara. Tujuan beliau ialah supaya anak-anak kakitangan penjara mendapat pendidikan agama yang secukupnya.
Setelah tertubuhnya sekolah ini pada 1 Oktober 1993 seramai 15 orang pelajar telah mendaftar. Sekolah ini juga menampung anak-anak PGA (Polis Hutan) bersekolah di sini sehinggalah PGA membuka sekolah sendiri. Pada Jun 1996,sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Tuan Haji Mohd Tahrir bin Hj Samsuddin.
Pada tahun 1993, hanya 2 kelas di buka bersama gurunya Allahyarhamah Puan Hajjah Ropingah binti Sardi dan kini sekolah ini mempunyai 4 kelas.
Pada asalnya sekolah ini mempunyai 3 kelas yang disekat dengan dinding.Pada Jun 2001, sekolah ini telah di ubahsuai di mana setiap kelas telah disekat dengan dinding batu dan guru dapat mengajar dengan lebih selesa.
Bumbung-bumbung sekolah telah diganti dan bangunan sekolah ini telah di cat semula di mana warna cat yang asal berwarna hijau telah di tukar kepada warna coklat. Pejabat sekolah ini juga telah diperluaskan dan di cat semula.
Kebanyakkan guru yang mengajar di sekolah ini mempunyai tahap pendidikan dalam bidang akademik dan agama, dan hampir keseluruhannya pernah mendapat pendidikan asas Bahasa Arab di sekolah-sekolah Arab hingga ke Maahad Johor. Manakala keseluruhannya pernah belajar di Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.
Guru di sekolah ini terdiri daripada guru DGA 29, dan Guru Kafa.
Jika dahulu sekolah ini dibuka jumlah muridnya seramai 15 orang dan sekarang meningkat jumlah pelajarannya berbanding jumlah yang lalu.

Tuesday, July 27, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)